copy paste dari email..
Islam menyuruh kita untuk berkenal-kenalan dengan seberapa ramai orang yang boleh. Ada banyak kelebihan kalau kita ada ramai kenalan atau kawan.
Antaranya kawan kita boleh menjadi :
· tempat kita meluah perasaan
· teman untuk kita berborak dan bertukar-tukar fikiran
· boleh juga jadi pelanggan (kalau kita berniaga)
· boleh menjadi teman dikala kita kesunyian @ boring
· boleh juga jadi penasihat kita kalau kita dalam kebuntuan
· dan banyak lagi laaa…
Pepatah Melayu pun ada mengatakan ;
Berkawan biar beribu, berkasih biar satu!
Bermaksud, kita digalakkan untuk berkawan dengan seberapa ramai orang yang boleh.
Cuma persoalannya sekarang ialah ;
Bagaimanakah kita dapat mengekalkan hubungan baik dengan kawan kita yang sedia ada? Apakah caranya untuk kita kekalkan hubungan dengan kawan-kawan kita?
Berikut ini saya kongsikan 6 tips berkesan bagaimana untuk mengekalkan hubungan baik dengan kawan-kawan kita.
1. Sebarkanlah salam
Kalau anda jumpa kawan, pastikan anda beri salam dulu. Dan bila nak berpisah pun, ucap juga salam kepadanya. Fahami maksud kalimah salam itu. Dan ucapkanlah dengan penuh keikhlasan dan dengan niat kita berdoa kepada Allah supaya Allah sejahterakan sahabat kita tu.
Mengenai salam ni, nabi SAW ada berpesan dalam sabdanya ”
”Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah ialah sesiapa yang memulakan salam.” (Hadith riwayat Abu Daud)
· 2. Kenali perangai kawan anda
Bak kata pepatah Melayu ;
”Tak kenal, maka tak cinta”.
Bermakna anda kena betul-betul mengenali siapa kawan anda. Adakah anda tahu faham perangai kawan-kawan anda? Apa kelemahan mereka? Apa kelebihan mereka? Dengan mengenali mereka sebenar-benarnya, anda dengan mudah dapat bertolak ansur dan memaafkan sekiranya berlaku perselisihan pendapat. Jadi, kenali mereka dan layan mereka mengikut personaliti mereka.
· 3. Menjadi pembela kepada kawan anda
Kalau kawan anda kena aniaya, kena kutuk atau kena umpat ker, anda kena la menjadi pembela kepada mereka. Kalau ada orang lain cerita keburukan mereka, jangan la anda mengiakan pula. Anda kena menafikannya dan cover mereka sebaik mungkin. Cerita tentang kebaikan mereka. Anda kena jadi penyokong, pemberi semangat dan menyebelahi kawan anda.
· 4. Saling memaafkan
Kadang-kadang berlaku pergeseran atau perbalahan @ perselisihan faham antar anda dengan kawan anda. Itu perkara biasa. Kita kan manusia biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit maa. Yang penting, anda jangan mudah ambil hati. Saling bermaafanlah dengan kawan anda. Kalau dia sakitkan hati anda, maafkanlah dia. Kalau anda pula yang telah melukakan hati dia (samada secara sengaja atau tidak), anda jangan segan untuk minta maaf. Minta maaf dan kira kosong-kosong balik.
· 5. Setia dalam persahabatan
Jangan khianati persahabatan anda. Contohnya, kalau kawan anda ada kongsi pengalamannya dan minta dirahsiakan. Jangan pula anda jaja cerita tu pada orang lain. Anda kena jaga amanah, jaga rahsia dan tidak mendedahkan keburukan kawan-kawan anda kepada orang lain. Jangan sekali-kali TIKAM BELAKANG kawan anda.
· 6. Saling mendoakan
Jangan lupa untuk doakan kebaikan untuk kawan-kawan anda. Sebutlah nama mereka dalam doa anda. Doa adalah senjata yang paling ampuh dalam mengekalkan hubungan. Doakan apa saja kebaikan untuk kawan anda. Berdoalah pada Allah supaya hubungan anda dengan kawan-kawan sentiasa baik, mesra dan berkasih sayang antara sesama anda.
InsyaAllah, saya yakin, sekiranya anda amalkan 6 tips di atas tu, pastinya hubungan baik anda dengan kawan akan dapat dikekalkan.
Kongsikan artikel ini dengan semua kawan-kawan anda supaya mereka juga memahami perkara ini. Dan seterusnya menjaga hubungan baik dengan anda sebagai kawan mereka.
Saya doakan semoga hubungan persahabatan anda berkekalan dan sentiasa mesra. Aamiinn.
Luvly Love Life
Thoughts and memories of our family..
Wednesday, December 21, 2011
Tuesday, December 20, 2011
Koleksi Arisa
Introduction to our collection..Koleksi Arissa...
Pelbagai design dan corak terkini dari Koleksi Arissa..
Watch it out!!! it will be out SOOONNNNN!!!!!!
Sunday, December 18, 2011
monday bluesss

mode : monday blues....
saya...mengantuk,,saket kaki,,malas nak attend meeting,,keje melambak sampai tak tau mane nak mula dolu...
tolong daku!!!!!!!!!
Wednesday, November 30, 2011
shah alam to bangi ?????
tengok ape yang kami jumpe....kereta kenangan keluarga...telah dijual pada tahun 2008...tak sangka bertemu kembali di bangi...
ekceli kami terjumpa kereta ni semasa menghantar sepupu saya berkahwin during last weeken kat area UKM Bangi...
masih sihat walafiat kereta ni ye...
ade incident dolu(2003) bersama Puput Gurlz...time tu nak raye...
bersama kete ni jugaklah aii penah tersadai tepi jalan during exam time...
Semoga kereta ini terus cemerlang bersama tuan baru nya.......
CHAIYOK!!! CHAIYOK!!!
Tuesday, November 29, 2011
makan tak hengat!!!
kami makan di sini!!!
Restoran Senandung Malam, Bagan Lalang...
lepas dah penat main pasir...and its time to MAKAN!!!!!
mula-mula kita pilih menu a.k.a lauk seafood untuk santapan ye....semua seafoodd adalah fresh TERBAEKKKK!!!
tapi lihat ape anakanda aiii nih makan!!!! maruku popo hahahaha...
mama baba sebok makan nasi,,,aqil makan maruku je...cissss
p/s : nana, nanti bila balik m'sia kita g makan kat sini yeee
isu-isu semasa
makan time
Monday, November 28, 2011
jalan-jalan di senjaKala
jalan-jalan di senja-senja hari di hari sabtu baru nih...after wedding event hari sabtu baru nih..me and adik decide nak g makan seafood!!! perghhh tak sabarr tuuuu...
sebelum makan kita jalan-jalan dolu la....
menyusur pantai bagan lalang adalah sangat bestttt....
da petang-petang camni pon ade orang main volley pantai lg
masih lg ade orang bercamping...sesambil mandi manda di tepian pantai...(tp kenapa air nye keroh ekkk???)
aiii bersama mereka2 ini berjalan-jalan sebelum kami makan malam...
anak kecik aii menahan rase geram nak terjon dalam air....sabar ye aqilll....mase tak sesuai sayang...lainkali kita dtg lagi ye...
Subscribe to:
Posts (Atom)




