Thursday, October 20, 2011

betul @ tidak???? wallahualam

ekceli ni aku copy paste dari email yang baru dapat ari ni...tak pasti sahih betul atau tidak...
just to share....sama2 kita renungkan

Xtaula kebenarannya…

cerita dari sini


Kebenaran Di Sebalik Video Budak Digilis Di China

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Aku yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.

Okaylah, sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli.Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat dek jek... Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia. Pagi ini pon HOT fm buat topik pasal ni...

Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China... Kalau korang jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,

sila jangan tolong..

Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...

Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh...Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya...

Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tu..

Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama.Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..

Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni...

JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri...

Kalau ofismate aku tu tipu maka tipulah aku...

Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...

Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.

Klik LIKE n SHARE...


Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.




Friday, October 14, 2011

Chocolate Moist Cake

CHOCOLATE MOIST CAKE

Bahan A
  • 320gm margerin
  • 400gm gola castor
  • 6 biji telur(saya pakai A)
  • 7gm baking soda
  • 8gm baking powder
  • 320gm tepung roti/hi-protein
Bahan B
  • 75gm tepung kek(boleh dapatkan di kedai bakeri)
  • 100gm serbuk koko
  • 350gm susu u.h.t
  • 250gm fresh cream

Bahan topping(chocolate ganache)
  • 500gm chocolate block
  • 250ml fresh cream
  • 100gm margerin
CARA-CARAnyeee
  1. Margerin dan gula dari bahan A dipukul sehingga kembang. kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga sebati(telur tidak boleh dipukul lama).

  2. Masukkan campuran tepung roti, baking soda & baking powder yang telah diayak ke dalam adunan.
  3. Dalam satu bekas lain, satukan kesemua bahan B dan dipukul menggunakan whisker. Pukul sehingga sebati.
  4. Satukan bahan adunan no. 3 ke dalam adunan yang pertama. Pukul hingga sebati menggunakan kelajuan rendah.
  5. Lenserkan loyang dengan margerin & lapik dengan kertas minyak pada dasarnya.
  6. Panaskan oven dengan suhu 160darjah celcius untuk atas & bawah.
  7. Bakar adunan tersebut selama 30minit(check sekali sekala kerana kadar kecepatan kek tu masak bergantung kepada jenis oven).
  8. Untuk topping, panaskan fresh cream cara double boil@ direct slow heat. Setelah agak panas, masukkan choclate blok yang telah dipotong kecil. Masukkan margerin dan kacau sehingga kesemua bahan cair. Ketepikan. Teruskan kacau topping tersebut secara off heat sehingga chocolate tersebut pekat(sangat2 pekat).
  9. Setelah kek masak, biarkan sejuk seketika sebelum diletakkan dengan chocolate ganache td.. daaannnnn...siap!!!!!!

kek adalah sangat gebu...fuhhh sedap niieyhhh(perasan sendirikkk!!!)


*adunan ni kalo nak wat cupcake pon menarik gak...



Thursday, October 13, 2011

MENGHARGAI SOERANG WANITA YG BERGELAR ISTERI

cerita yg menarik, cuba baca ye.... ni aii copy paste from my email(agak menarik bagi kaum2 suami)

Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran giler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.
waaa... mana isteri ku...

Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuu.. lega..

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

lelaki tu pun berfikir...

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o

ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

hahaha... takde yg nak marah ku...

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???

ingat balik..

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!

Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”


Wednesday, October 12, 2011

1st...BAKE?????

Nak jadik cerita…for the first time huhu(saspen je) aii sasaje gatal ikut baking class anjuran puspanita FB…ramai gak le yang pegi mase tu…the whole group di”split” kepada 2 class..

ni le group aiii…ade 15orang…(bergaya ngan apron memasing)

Activity ari tu adalah untuk bake 2 jenis resepi which is Choc Moist & Cheese Cake…


tak sangka lak boleh jumpe Chef Sabri..kebetulan mase tu dia datang jumpa kawan dia(tenaga pengajar) kat AKADEMI RIA..Sempat bagik tips lagi youuuu….

Sesi menyediakan bahan..(konon2 je tu)


besar tu mesin pengadun


Wahai cik su…ko wat keje posing ke

Gigih menyediakan bahan


Aii yang “GIGIH”(penuh air tangan aku kat dalam tuh)

Adunan choc moist (beratur tunggu turn nak masuk oven)

Choc ganache in da making…



Sesi meng”ganache” kek


Tadaaaa….kek hasil keje tangan kami…


Bangga siottt!!! Wakakakaka

p/s : nantikan sesi cheese cake lak…

Tuesday, October 11, 2011

fuhhhhh!!!!

ehemmmm...ini adalah kejadian hari jumaat lepas....best wooo...

all da news comin' rite up!!!!!

Monday, October 10, 2011

Inspired Life

26 Quick Tips For Living An Inspired Life

Ask For What You Want.

Be Who You Say You Are.

Care About Others.

Dare To Live Your Dreams.

Ease Through The Day.

Find The Best Fit.

Give To Another.

Hug A Friend.

Inspire Someone To Greatness.

Jump Over A Boundary.

Kick A Bad Habit.

Leap Across A Fear.

Mention Something Uplifting.

Never Say Never.

Open Your Mind And Heart.

Pursue Your Innermost Passions.

Quit Complaining.

Restore Your Smile.

Set Your Sights High.

Trust Yourself.

Use All The Day.

Value Everything.

Wait Until It Feels Right.

Xpress Yourself.

Yank Weeds From Your Mental Garden.

Zoom Into The Now.

Monday, October 3, 2011

penat++++stress++++tensen++++

aku yang ke"bz"an ari ni...

macam-macam hal....besok hal lain lak...sabar je la....

its now 6.10pm dan aku masih di opis...pelik nye aku lambat balik ari ni hahahaha