Friday, October 14, 2011

Chocolate Moist Cake

CHOCOLATE MOIST CAKE

Bahan A
  • 320gm margerin
  • 400gm gola castor
  • 6 biji telur(saya pakai A)
  • 7gm baking soda
  • 8gm baking powder
  • 320gm tepung roti/hi-protein
Bahan B
  • 75gm tepung kek(boleh dapatkan di kedai bakeri)
  • 100gm serbuk koko
  • 350gm susu u.h.t
  • 250gm fresh cream

Bahan topping(chocolate ganache)
  • 500gm chocolate block
  • 250ml fresh cream
  • 100gm margerin
CARA-CARAnyeee
  1. Margerin dan gula dari bahan A dipukul sehingga kembang. kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga sebati(telur tidak boleh dipukul lama).

  2. Masukkan campuran tepung roti, baking soda & baking powder yang telah diayak ke dalam adunan.
  3. Dalam satu bekas lain, satukan kesemua bahan B dan dipukul menggunakan whisker. Pukul sehingga sebati.
  4. Satukan bahan adunan no. 3 ke dalam adunan yang pertama. Pukul hingga sebati menggunakan kelajuan rendah.
  5. Lenserkan loyang dengan margerin & lapik dengan kertas minyak pada dasarnya.
  6. Panaskan oven dengan suhu 160darjah celcius untuk atas & bawah.
  7. Bakar adunan tersebut selama 30minit(check sekali sekala kerana kadar kecepatan kek tu masak bergantung kepada jenis oven).
  8. Untuk topping, panaskan fresh cream cara double boil@ direct slow heat. Setelah agak panas, masukkan choclate blok yang telah dipotong kecil. Masukkan margerin dan kacau sehingga kesemua bahan cair. Ketepikan. Teruskan kacau topping tersebut secara off heat sehingga chocolate tersebut pekat(sangat2 pekat).
  9. Setelah kek masak, biarkan sejuk seketika sebelum diletakkan dengan chocolate ganache td.. daaannnnn...siap!!!!!!

kek adalah sangat gebu...fuhhh sedap niieyhhh(perasan sendirikkk!!!)


*adunan ni kalo nak wat cupcake pon menarik gak...



1 comment:

  1. fuhhh aku dari dulu teringin nak buat tapi takut tak jadi, huhuhu..nak kena cuba gak ni :D

    ReplyDelete